Praktikkan Rasa UKHUWAH Sesama Saudara

Monday, April 9, 2012

| | |

Islam telah menggariskan dasar-dasar dan cara yang positif dalam usaha mempererat ikatan cinta kasih dan roh ukhwah. Jika dasar-dasar ini dipegang teguh oleh umat Islam, maka persaudaraan itu akan semakin kukuh. Beberapa panduan untuk mencapai pengukuhan roh ukhuwah, antaranya:

1: Menyatakan Rasa Kasih
Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:"Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah ia membaritahu kepadanya." (Riwayat Abu Daut dan Tarmizi)

2: Saling Mendoakan
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya:"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan akan diterima oleh Allah S.W.T." (Riwayat Muslim)

3: Menampakkan Wajah Yang Ceria
Diriwayatkan dari Abu Dzar R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya:"Janganlah engkau meremehkan apa-apa sahaja kebaikan (yang datang daripada saudaramu). Jika engkau jumpa saudaramu, berikan dia senyuman kegembiraan." (Riwayat Muslim)

4: Bersalam Apabila Bertemu
Rasulullah S.A.W. menganjurkan umatnya berjabat tangan apabila bertemu dengan saudara mereka. Hal ini sesuai dangan hadis yang bermaksud:"Tidak ada dua orang Mukmin yang berjumpa, kemudaian mereka berjabat tangan melainkan kedua-dua akan diampunkan dosa-dosa mereka sebelum beripisah." (Riwayat Abu Daud)

5: Menziarahi
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, Allah S.W.T berfirman yang maksudnya:"Orang yang berkasih sayang kerana Allah, Orang yang saling menziarah kerana Aku, orang yang saling memberi kerana Aku, orang yang saling berhubung kerana Aku, mereka semua berhak mendapat kasih sayang-Ku." (Riwayat Ahmad)

6: Sebarkan Salam
Rasulullah S.A.W. bersabda ertinya:"Hak seorng Muslim terhadap Muslim yang lain ada enam; Jika kamu bertemu dengannya hendaklah mengucapkan salam kepadanya. Kalau dia mengundangmu maka sambutlah (penuhilah). Dan kalau dia minta nasehatmu, maka berilah nasehat. Dan kalau dia bersin lalu memuji Allah ‘Azza wa Jalla, maka doakanlah (Semoga Allah ‘Azza wa Jalla merahmatimu). Dan kalau dia sakit, maka jenguklah dan kalau dia meninggal dunia, maka antarkanlah jenazahnya." (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

7: Memberi Hadiah
Imam Dailami meriwayatkan daripada Anas R.A., bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya:"Kerapkan saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat meneguhkan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati."(Riwayat Al-Tabarani)

8: Cakna Keperluan Saudara
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, ertinya:"Sesiap yang meringankan beban penderitaan seorang Mukmin didunia, pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Sesiapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah, pasti Allah akan memudahkan urusannya didunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim pasti Allah akan menutup (aibnya) didunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (Riwayat Muslim)

sumber: Gen-Q isu no.8
Wazakkir {berilah peringatan}
m/s 24 & 25

0 comments:

Post a Comment