Tuesday, April 10, 2012

| | | 0 comments
Kerana pegangan
Engkau hadapi
dugaan ini ya Sahibul Kahfi
Kami!
kalimah kebenaran telah zahir
Tak usah engkau ragukan
Kita datang dari Dia
Kita pulang pada-Nya...



"Sahabat gua" yang dimaksudkan oleh Allahyarham Rosli Khamis(Loloq) diispirasikan dari sejarah Ashab Al-Kahfi yang terakam dalam firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Kahfi ayat 13 yang bermaksud:"Sesungguhnya merekalah para pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan ditambahkan petunjuk buat mereka."

Petunjuk hidayah, aqidah, iman dan keyakinan terhadap akhirat yang telah menyatukan sahabat-sahabat gua ini dalam satu wadah perjuangan dan etika persahabatan. sehingga mereka terasing dari dunia kemanusiaan. Bukan berbulan, tetapi bertahun yang bernilai ratusan. Terasing bukan dalam kancah kemaksiatan. Terasing dalam nikmat ketaatan dan keimanan, bekal menuju keredhaan Al-Rahman.

Agama dan Sahabat

Pengaruh agama seseorang itu punya keterikatan dengan nilai persahabatan. Hubungan unik antara agama seseorang itu dangan sahabatnya perlu diakui. Rasulallah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:"Seseorang itu adalah berdasarkan agama sahabatnya. Maka perhatikanlah seseorang itu, siapakah bakal menjadi sahabatnya." Justeru, nilai agama perlu menjadi syarat pemilihan sahabat agar kita juga selamat. Bukan berniat meminggirkan mereka yang kurang penghayatan agamanya tetapi sekurang-kurnagnya sahabat yang terpilihara kualiti agamanya itu menjadi tonggak sebagai 'target market' untuk dakwah.

Sekadar contoh, berkawan dengan 'kaki' masjid mungkin kaki kita juga akan ringan ke sana. Namun, jika berteman dengan perokok, walau kita tidak merokok, mungkin disangka perokok kerana terpalit bau busuk rokoknya di baju kita. Jadi berteman itu biarlah bercalit wangi akhlaknya dan terlekat pula akan harum imannya.

Anda sebenarnya tahu dan boleh menilai diri anda sendiri melalui cerminan kawan yang baik atau buruk. Jika anda suka kebaikan yang ada padanya, maka itu tanda anda juga seorang yang baik. Andai sebaliknya, maka bersedialah untuk berubah dan memperbaiki diri dan hati anda.

Carilah sahabat yang boleh dijadikan ubat. Itulah sahabat yang kekal akhirat kerana kita nanti akan turut terpikat. Terpikat bukan kerana maksiat, tetapi jatuh cinta dengan syariat. Carilah sahabat yang kuat berguru menuntut ilmu, dengan syaitan pasti berseteru. Carilah sahabat yang sanggup bersusah lelah, berbakti dan beribadah kerana Allah S.W.T. Cari sahabat yang sanggup menahan 'bisa' demi kita dan kita juga sanggup melakukan yang serupa buatnya. Persis Abu Bakar R.A. dan Nabi S.A.W. yang tercinta. Bersahabat dan bertemanlah hanya kerana Ilahi. lestari manisnya ke alam syurgawi.

*************************************************************************************

Puisi Sahabat Kanti

Kawan semangkuk sepiring makan
Kawan sebantal seketiduran
Kawan sebaya sepermainan
Bagai kuku dangan daging
Bagai aur dangan tebing
Bagai ikan dengan air
Bagai jarum dengan kelindan
Ke hulu sama ke hulu
Ke hilir sama menghilir
Yang tahan asak dengan banding
Yang tahan berpahit-pahit
Kalau koyak tampal-menampal
Kalau condong sokong-menyokong
Terbakar sama hangus
Terendam sama basah
Luka tak dipampas
Mati tak diungkit
Sakit tak disebut
Salah tak ditimbang
Hutang tidak dibayar
Bagai seibu seayah kandung
Bagai kulit dengan isi
Bagai luka dalam air
Itulah kawan yang dicari
Kawan sempit kawan berlapang
Guntingnya tak memutus
Simpul tak terungkai lagi.

~Tenas Effendy (Ungkapan Tradisional Melayu Riau, DBP 1989)

*************************************************************************************

Sumber: Gen-Q isu no.8
Fastaqim {maka tetapkanlah hati}
m/s 20 & 21


Praktikkan Rasa UKHUWAH Sesama Saudara

Monday, April 9, 2012

| | | 0 comments

Islam telah menggariskan dasar-dasar dan cara yang positif dalam usaha mempererat ikatan cinta kasih dan roh ukhwah. Jika dasar-dasar ini dipegang teguh oleh umat Islam, maka persaudaraan itu akan semakin kukuh. Beberapa panduan untuk mencapai pengukuhan roh ukhuwah, antaranya:

1: Menyatakan Rasa Kasih
Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:"Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah ia membaritahu kepadanya." (Riwayat Abu Daut dan Tarmizi)

2: Saling Mendoakan
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya:"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan akan diterima oleh Allah S.W.T." (Riwayat Muslim)

3: Menampakkan Wajah Yang Ceria
Diriwayatkan dari Abu Dzar R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya:"Janganlah engkau meremehkan apa-apa sahaja kebaikan (yang datang daripada saudaramu). Jika engkau jumpa saudaramu, berikan dia senyuman kegembiraan." (Riwayat Muslim)

4: Bersalam Apabila Bertemu
Rasulullah S.A.W. menganjurkan umatnya berjabat tangan apabila bertemu dengan saudara mereka. Hal ini sesuai dangan hadis yang bermaksud:"Tidak ada dua orang Mukmin yang berjumpa, kemudaian mereka berjabat tangan melainkan kedua-dua akan diampunkan dosa-dosa mereka sebelum beripisah." (Riwayat Abu Daud)

5: Menziarahi
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, Allah S.W.T berfirman yang maksudnya:"Orang yang berkasih sayang kerana Allah, Orang yang saling menziarah kerana Aku, orang yang saling memberi kerana Aku, orang yang saling berhubung kerana Aku, mereka semua berhak mendapat kasih sayang-Ku." (Riwayat Ahmad)

6: Sebarkan Salam
Rasulullah S.A.W. bersabda ertinya:"Hak seorng Muslim terhadap Muslim yang lain ada enam; Jika kamu bertemu dengannya hendaklah mengucapkan salam kepadanya. Kalau dia mengundangmu maka sambutlah (penuhilah). Dan kalau dia minta nasehatmu, maka berilah nasehat. Dan kalau dia bersin lalu memuji Allah ‘Azza wa Jalla, maka doakanlah (Semoga Allah ‘Azza wa Jalla merahmatimu). Dan kalau dia sakit, maka jenguklah dan kalau dia meninggal dunia, maka antarkanlah jenazahnya." (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

7: Memberi Hadiah
Imam Dailami meriwayatkan daripada Anas R.A., bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya:"Kerapkan saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat meneguhkan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati."(Riwayat Al-Tabarani)

8: Cakna Keperluan Saudara
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, ertinya:"Sesiap yang meringankan beban penderitaan seorang Mukmin didunia, pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Sesiapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah, pasti Allah akan memudahkan urusannya didunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim pasti Allah akan menutup (aibnya) didunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (Riwayat Muslim)

sumber: Gen-Q isu no.8
Wazakkir {berilah peringatan}
m/s 24 & 25

Uhibbukafillah..

Wednesday, March 28, 2012

| | | 0 comments
Uhibbukafillah..
aku mencintai engkau kerana Allah..
tahukah engkau..
sedarkah engkau..
bahawa aku mencintai engkau..
kerana engkau dahan pautan aku kala aku terjatuh..
engkau sudi mendengar masalahku yang serabut ni..
kala aku rasa lemah dan hampir berputus asa..
engkau datang menasihati ku..
bahawa Allah bersama ku..
engkau tidak menangis bersama ku..
aku pun tidak pernah menangis di bahu engkau..
dan aku tak terasa ingin melakukan demikian..
tetapi aku selalu membayangkan sedemikian kala aku sendirian..
kerana aku tidak mahu kelihatan lemah dihadapan engkau..
saban kali aku berkongsi dengan kamu..
aku akan jadi malu sendiri diakhirnya..

Uhibbukafillah..
aku pernah meluahkan ia..
tapi aku tak tahu riaksi sebenar kamu..
aku rasa aku tahu..
dalam dunia yang serba celaru ini..
ia tidak sesuai untuk dilafazkan..
kerana ia boleh dimanipulasi pada banyak posisi..
dan kerana adanya syitan..
ia sering dimanipilasi pada posisi nagatif..

Uhibbukafillah..
ia adalah hadith warisan dari junjugan mulia..
Dari Anas RA dari Nabi SAW bersabda,
“Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian,
sebelum ia mencintai saudaranya (sesama muslim)
sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”
aku mencintai diri ku..
sudah pasti aku menjaga diriku dari anasir-anasir yang mengancam..
begitu juga akan aku cuba menjaga kamu..
aku mencintai diri ku..
maka aku akan mencari bahagia..
bagitu juga akan aku cuba bahagiakan kamu..
tapi..
jika bahagia kamu bila aku tidak menzahirkannya..
maka aku akan lakukannya..
asalkan kamu bahagia dengannya..
kerana..
sungguh aku mencintai engkau..
aku mencintai engkau kerana Allah...
================================================

Dah lame tak merapu meraban kat blog ni...malam ni aku lepak-lepak kat blog plak..asyik mengadap FB jer..petang tadi aku jumpe gambar ni kt FB..pemiliknya adalah Hilal Asyraf..ia tentang "uhibbukafillah" yang bermaksud "Aku cintakan engkau kerana Allah."

Terima kasih Makcik...d[T_T]b

Monday, March 7, 2011

| | | 0 comments
Seperti biasa, usai solat Isyak, saya pun menuju ke restoran biasa,tak tahu la nama restoran tu, cuma panggil restoran ayam besar, sebab ayam dia besar tapi masih murah, tapi bukan itu yang saya nak bincangkan di sini. Cuma setelah selesai saya makan, ketika saya hendak membayar, makcik tu bertanya,"kenapa kamu selalu makan berseorangan?" maka spontan saya memjawab, "dah biasa cik, selesai solat Isyak, baru nak buat urusan-urusan lain." Dalam perjalanan pulang, saya teringatkan seseorang, apa yang membuatkan saya teringatkan orang itu, kerana pernah suatu ketika, saya menumpang kereta dia, ketika hendak solat, saya minta supaya dia membuka kereta yang berkunci itu, sambil dia membuka keretanya dia barkata kepada saya "kamu ni macam perempuan, nak solat je nak kene pakai kain la, baju melayu la". Kembali pada situasi hari ini, sebenarnya itulah jawapan untuk makcik tu. Sebanarnya selepas saya selesai solat Maghrib, saya malas hendak tukar pakaian solat dan menunggu masuknya waktu Isyak, selesai solat Isyak, baru saya menukai pakaian dan membuat hal-hal lain. sempat juga saya terfikir, ada baiknya juga kemalasan saya itu, sebab ia menborong saya membaca Al-Quran semasa saya menunggu masuknya waktu Isyak. Dan saya terfikir juga brapa banyakkah amalan saya seharian? Dengan kata lain, berapa lama saya menghadap Allah? Saya ambil waktu solat saya 3 minit, 3X5=15 minit. MasyaAllah! 15 minit dari 24 jam? Hanya 1.04%? Jadi sengga waktu antara Maghrib dan Isyak tu menambahkan lagi peratusaan saya bersama Allah. Katalah 1 jam, 1jam = 60 minit, 60+15=75minit, jadi 5.21% waktu saya bersama Allah. Tetapi itu jika saya betul-betul khusyuk. Jika tidak? Sedarlah wakai Abdul Jamal Bin Abdul Halim, Allah memberikan 24 jam, hanya 5.21% saja masa yang kamu gunakan untuk menghadapnya, sedarlah, kamu yang akan rugi. Maka, tambahlah masa kamu bersama Pencipta mu. Ketika bermotosikal ke kelas, zikirlah, ketika sebelum tidur, ingatlah Allah sebanyak-banyaknya. Takut kalau-kalau esok bukan lagi milik kamu.

Tika Masanya

Friday, February 18, 2011

| | | 0 comments
Jauh sudah tersasar
Jauh ku lihat oh cahaya
Melimpas waktu-waktu hidup yang kian tua
Alunan suara merdu menyapa ruang sepi
Menggegar gelita memanggilku kembali

(korus)
Tika masanya ku bertemu denganNya
Tiba saatnya ku serahkan segala
Pastinya ku kan terus melangkah
Menuju cintaNya
Putaran waktu tiada menunggu
Takkan ku sia nafas usiaku
Kerna ku tahu agungnya sinar kasihMu

(ulang korus)


.....Aku Baik-baik Saja.....

Friday, October 1, 2010

| | | 0 comments

Tak apa jika langit ku kelabu petang ini

Jika gerimis jatuh saat ini

Jika malamku penuh dengan badai

Aku baik-baik saja

Ku hanya ingin sendiri

Hanya ingin habiskan rasa ini

Hanya ingin lukiskan senyummu dalam sepi

Tak apa jika ku menangis saat ini

Jika rindukanmu amat dalam dan perit

Jika harapkanmu ada dan nanti

Aku baik-baik saja

Ku hanya ingin kau mengerti

Ini yang ku rasa dan takkan ku ingkari

Ku hanya ingin sendiri

Diam,mengunci bibirku dan sendiri

Ini syurgaku, ini lintasanku dan tentangmu yang takkan pernah ku mengerti

Ini ruangku, ini persimpanganku dan semua tetap tentangmu, tak henti

Ini hatiku, keinginanku tiadamu, sunyi

Tak apa jika ku menangis saat ini

Untukmu yang kusayangi

Untuk sebuah putaran

Untuk kita, kau, aku, dan kini

Untuk sebuah alasan yang tak pernah ku fahami

Dan aku akan baik-baik saja

Ku ridu padamu, hanya itu

Ku sayang padamu, tidak kerana kau

Ini aku, ini rasaku

Ini cintaku, jika tidak kau, tidak pula aku…

Jadi biarkan ku sendiri malam ini

Tak apa jika ku menangis, kerana ku masih punya hati

Tuk merasa, tuk meminta, tuk memberi

Tuk berharap, tuk mencinta,dirimu…

Itu saja

Dah cukup untuk ku…

Aku Penumpang Paling Bertuah

Friday, September 24, 2010

| | | 0 comments
Kala laut sunyi hebat melambung ombak benci
Teroleng-oleng sampan kecil mengayuh cari daratan
Angin jangan hembus pergi tenang ini
Aku cuma penumpang menumpang damai lautmu
Cuba lari menjauh desir ribut cebis hati
Cuba tutup mata membutakan kejamnya dunia

Demi umurku bersumpah
Aku penumpang paling bertuah
Punya sampan kecil tapi kuat menongkah langkah
Walau compang camping bertampal gam rekahnya
Walau layar cuma sehelai sejadah buruk hadiah dari Tuhanku

Malam bawa pergi matahariku
Siang bawa pergi bulanku
Penumpang buta tanpa cahaya
Meraba-raba di lautan belantara
Turun naik tinggi gunung ombak
Terkapai-kapai cari capai tangan Hidayahnya

Titis hujan tengkujuh ini menghanyut pergi lukisan mimpi
Dingin hembus nafas sang Murabbi bagai tanda aku dikasihi
Moga doa empati penumpang ini bisa terus menerobos hati Ilahi

Walau sesak sempit penjara sampan dilautan sunyi
Walau kencang angin tidak sayang padaku
Walau dikhianati bintang penunjuk jalan ini
Aku rela walau disimbah asid caci
Kerna aku penumpang sejati cuba cari titik sujud kasih Rabbul Izzati

Demi umurku bersumpah
Aku penumpang paling bertuah.

http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/824-aku-penumpang-paling-bertuah.html